LUMUT – Pasukan Polis Marin (PPM) Perak merampas pelbagai jenis mercun tanpa permit bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Sitiawan, dekat sini, tengah malam tadi.
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari, berkata dalam serbuan kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berhubung kes itu.
“Terdapat 20 jenama mercun dalam lebih 20 kotak ditemui di tingkat bawah premis tersebut. Nilai rampasan keseluruhan ialah RM25,150 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE