fbpx

Jasad Yap Xin Yuan dituntut ahli keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Xin Yuan dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Banting, hari ini. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

KUALA LANGAT – Mayat remaja perempuan, Yap Xin Yuan, 15, yang ditemukan reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting di sini pada Sabtu lalu dituntut ahli keluarganya hari ini.

Jasad remaja itu yang ditempatkan di Unit Forensik, Hospital Banting dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire pada pukul 9.30 pagi.

Mendiang Xin Yuan akan disemadikan di Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Ahli keluarga mangsa ketika ditemui bagaimanapun enggan ditemuramah kerana masih bersedih dengan kejadian yang menimpa remaja itu.

Semalam, polis mengesahkan mayat reput yang ditemui di Kampung RTB) Sungai Changgang pada Sabtu lalu disahkan Xin Yuan yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu.

Tiga suspek berusia 16, 20, dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa emudian ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Xin Yuan yang berpakaian baju tarian singa berwarna merah dilaporkan tidak pulang ke rumah keluarganya selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI