fbpx

Linco Technology melabur dalam Senai Airport City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENG KEONG (dua dari kiri) berjabat tangan dengan Leon pada majlis menandatangani SPA di Taiwan, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Senai Airport City Sdn. Bhd. dan Lincotec Technology (Malaysia) Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Linco Technology Co., Ltd. telah memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk kira-kira 9.93 ekar tanah perindustrian di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City.

Majlis menandatangani (SPA) telah diadakan pada 27 Disember lalu di ibu pejabat Linco Technology di Taiwan, antara Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport City, Gan Seng Keong dan Pengerusi Linco Technology, Leon Chen.

Lincotec ditubuhkan pada 1999 dan beribu pejabat di Central Taiwan Science Park di Taichung, Taiwan serta merupakan adalah pakar dalam peralatan sputtering dan etsa plasma berketepatan tinggi.

Seng Keong berkata, pilihan Linco Technology untuk melabur di Senai Airport City menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan Johor dalam industri kecerdasan buatan (AI).

“Sebagai sebuah taman perindustrian yang strategik, Senai Airport City berfungsi sebagai lokasi utama bagi industri yang terlibat dalam pembuatan berteknologi tinggi, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi teknologi.

“Pelaburan Linco Technology dalam sistem semikonduktor dalam pakej (SiP) menggariskan kedudukan Senai Airport City sebagai pilihan pelabur untuk segmen semikonduktor, khususnya dengan aplikasi teknologi hijau.

“Kerjasama antara pelabur teknologi Malaysia dan Taiwan ini akan melonjakkan lagi rantaian bekalan teknologi tempatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI