fbpx

Lagu Oh! Carol buka hati Richard lamar Molly di rumah orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIMAH (dua dari kanan) menyampaikan sijil perkahwinan kepada Richard dan Molly di Kuching semalam.

KUCHING – Seorang wanita berusia 81 tahun tidak menyangka bertemu jodoh kali kedua dengan lelaki yang tinggal sebumbung dengannya di Rumah Seri Kenangan Kuching di Serian di sini.

Perkahwinan Molly Teo dan Richard Wong, 66, berlangsung di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di sini dengan disaksikan oleh Menteri Pemba­ngunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti ne­geri, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Sebelum ini, Molly dan Ri­chard pernah berkahwin, namun pasangan masing-masing sudah meninggal dunia.

Cinta mereka mula berputik pada tahun lepas selepas ­Ri­chard memulakan langkah berani melamar Molly untuk dijadikan pasangan hidup selepas lama menduda.

Kata Molly, Richard yang memulakan langkah pertama mendekati dirinya sebelum hubungan mereka makin rapat dan mesra sehingga menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua.

Molly menerima lamaran Richard kerana jatuh hati dengan perwatakan lelaki itu yang selalu melayan­nya dengan baik selain sering meluangkan masa bersama di Rumah Seri Kenangan.

“Kami mempunyai banyak persama­an. Kami mempunyai hobi sama iaitu menyanyi yang menjadi penguat kepada hubungan cinta, selain menari bersama ketika mendengar lagu.

“Saya juga tersentuh hati ke­rana Richard sering mendengar lagu-lagu nyanyian saya khususnya lagu kege­maran saya, Oh! Carol,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI