fbpx

‘Kenapa tidak boleh bersikap baik, wanita sepatutnya saling menyokong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN Najuwa kesal dengan sikap netizen, khususnya wanita yang tidak senang hati melihat perkongsiannya sejak bergelar ibu pada 15 Disember lalu.

PETALING JAYA – Diasak pelbagai pertanyaan negatif selepas melahirkan puteri sulung, pelakon Datin Intan Najuwa kesal dengan sikap segelintir wanita yang dianggap tidak memberi sokongan dan peluang kepadanya yang sedang belajar menjadi seorang ibu.

Kongsi Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, dia cuba menyesuaikan diri dengan fasa baharu namun yakin dapat menjadi ibu yang baik satu hari nanti.

“Kalian, saya baru sahaja melahirkan anak. Saya sedang cuba untuk menjadi seperti ibu-ibu yang lain.

“Mungkin akan mengambil sedikit masa tetapi saya pasti akan dapat lakukannya,” katanya dalam InstaStory.

Lebih kesal, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu terkejut apabila komen yang mempersoalkan keadaannya selepas bersalin adalah golongan wanita yang sudah menjadi emak.

“Agak terkejut apabila komen-komen seperti ini kebanyakannya ditulis wanita termasuk golongan ibu.

“Kenapa kita tidak boleh bersikap baik terhadap satu sama lain? Wanita sepatutnya saling memberikan sokongan bukan melakukan perkara sebaliknya,” ujarnya lagi.

Dalam perkongsian sama, Intan turut menyenaraikan beberapa pertanyaan yang sering diterima selepas selamat melahirkan bayi pertama pada bulan lepas.

“Kenapa muka sembab? Kenapa perut masih kembung macam ada ‘baby bump’? Kenapa naik kerusi roda? Takkan tak boleh jalan langsung?

“Nampak mata macam panda, kenapa terbaring sahaja? Saya dulu lepas enam jam sudah bangun buat kerja,” kongsinya.

Pada 15 Disember lalu, Intan berkongsi berita gembira apabila bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara.

Intan dan Ahmad Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos pada tahun dalam majlis yang diadakan di lokasi ekslusif One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI