fbpx

Kediaman diserbu penyiasat, Presiden Korea Selatan enggan menyerah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis dan penyiasat tiba di kediaman Presiden di Seoul hari ini. - AFP

SEOUL – Pasukan penyiasat Korea Selatan cuba menangkap Presiden Yoon Suk-yeol di kediamannya pagi ini susulan pelaksanaan undang-undang tentera pada bulan lalu.

Media tempatan bagaimanapun melaporkan, pasukan keselamatan Suk-yeol menghalang percubaan pihak berkuasa untuk memasuki kediaman itu.

Suk-yeol, yang telah digantung tugas oleh ahli Parlimen, akan menjadi presiden pertama dalam sejarah Korea Selatan yang ditangkap sekiranya waran itu dilaksanakan.

“Pelaksanaan waran tangkap untuk Presiden Yoon Suk-yeol telah bermula,” kata Pejabat Siasatan Rasuah (CIO).

Penyiasat CIO termasuk pendakwa raya kanan, Lee Dae-hwan dibenarkan melalui penghadang keselamatan yang ketat untuk memasuki kediaman tersebut bagi cuba melaksanakan waran  untuk menahan Yoon.

Namun, mereka dihalang oleh unit tentera di dalam kediaman selepas masuk, lapor agensi berita Yonhap.

Tidak jelas sama ada Perkhidmatan Keselamatan Presiden, yang masih melindungi Suk-yeol sebagai ketua negara akan mematuhi waran penyiasat.

Sementara itu, pasukan undang-undang Suk-yeol mengecam percubaan untuk melaksanakan waran tangkap dan berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya terhadap langkah tersebut.

“Pelaksanaan waran yang menyalahi undang-undang sememangnya tidak sah,” kata peguam beliau, Yoon Kap-keun.

Kira-kira 2,700 anggota polis dan 135 bas polis telah dikerahkan ke kawasan itu untuk mengelakkan pertempuran, lapor Yonhap, selepas penyokong Suk-yeol berhadapan dengan penunjuk perasaan yang menentangnya semalam.

Suk-yeol bersembunyi di dalam kediaman itu sejak mahkamah meluluskan waran untuk menahannya awal minggu ini serta berikrar untuk melawan pihak berkuasa yang ingin menyoal siasatnya berhubung pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI