fbpx

Kecederaan belum pulih, Zii Jia tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII jia sah terlepas Terbuka Malaysia selepas masih dihimpit kecederaan- AFP

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia sah terlepas aksi pembuka tirai Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia selepas dimaklumkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Team Lee Zii Jia (Team LZJ) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan kecederaan ligamen buku lali kanan yang menimpa Zii Jia sewaktu Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China Hangzhou masih belum sembuh.

Disebabkan itu, Zii Jia terpaksa menarik diri untuk menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung dari 7 hingga 12 Januari ini nanti di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Dengan berat hari, kami ingin mengumumkan bahawa Lee Zii Jia tidak dapat beraksi pada kempen kejohanan pembuka musim di laman sendiri, Terbuka Malaysia.

“Malangnya, Zii Jia masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa Jelajah Dunia Akhir pada Disember lalu,” kata kenyataan tersebut.

Penyertaan Zii Jia dalam dua kejohanan seterusnya di Terbuka India dan Indonesia Masters yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2025, masih belum dapat dipastikan.

“Penyertaan di Terbuka India dan Indonesia Masters yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2025 juga masih dalam pertimbangan, bergantung kepada tahap pemulihan sepenuhnya,” tambah kenyataan tersebut.

Dengan ketiadaan Zii Jia, Leong Jun Hao menjadi wakil tunggal Malaysia dalam acara perseorangan lelaki pada kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut dan akan menentang pemain China, Lu Guang Zu pada aksi pusingan pertama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI