fbpx

Jual air bersusu, tetapi yang banyak gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan peniaga minuman bersusu yang mencampurkan gula secara berlebihan.

“Jual teh ais, teh hijau (green te) ais, sepatutnya hanya teh dan susu, tetapi peniaga sekarang campur gula. Susu tidak sampai satu tin, guna yang letak satu kilogram (kg). Jual harga standard minuman bersusu,” luah Mohd. Airiel menerusi hantaran di Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook mendakwa ramai peniaga makanan turut melakukan cara sama apabila mencampurkan gula dalam minuman bersusu kerana mahu menjimat kos.

“Harga jual mahal, Milo ais secawan RM5, bila rasa, adalah macam letak susu sesudu, manis gula kuat.

“Baik pesan Milo O atau teh O, ini pesan bersusu dan bergula. Dah tak jujur dalam berniaga,” luah Syafinaz.

Sementara itu, pengguna Facebook lain, Diyana Nadia berkata, kebanyakan peniaga air balang turut menggunakan kaedah sama apabila mencampurkan gula dan susu dalam air minuman.

“Memang pernah nampak peniaga air balang buat teh ais masukkan air gula. Tetapi bila tanya kata 100 peratus susu, alahai meniaga minuman pun nak menipu pelanggan,” katanya.

Bagaimanapun, ada netizen yang beranggap itu adalah pilihan terbaik para peniaga bagi memastikan mereka memiliki keuntungan berniaga memandangkan harga susu di pasaran juga semakin mahal.

“Susu satu tin dah RM3.50 hingga RM4.20, kos operasi beli bahan-bahan dah semakin tinggi. Untuk kekalkan harga jualan sama, peniaga terpaksa ikhtiar cara sebegitu,” kata Zzared. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI