fbpx

Janda dicekup khalwat kali kedua berdepan hukuman 6 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Seorang ibu tunggal dan teman lelakinya bakal berdepan hukuman sebatan selepas ditahan kerana berkhalwat buat kali kedua di Kuala Ibai di sini pada Selasa lalu.

Ibu tiga anak berusia 36 tahun itu dicekup bersama pasangannya dalam serbuan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada pukul 3 pagi.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, sewaktu ditahan, janda tersebut didapati berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan bersama lelaki berusia 32 tahun di rumah sewanya.

“Ini bukan kali pertama pasangan itu ditangkap atas kesalahan sama (berkhalwat).

“Kesalahan berulang kali kedua boleh menyebabkan pasangan itu dikenakan hukuman sebatan maksimum enam kali atas pertimbangan hakim,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Aizi Saidi berkata, pasangan tersebut dibawa ke Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Mereka berdua kemudian dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa selepas keterangan mereka selesai diambil.

Kosmo! pada 28 Disember lalu melaporkan duda anak lima dihukum sebatan enam kali di khalayak ramai atas kesalahan berkhalwat kali ketiga mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI