fbpx

Ibu bapa dipuji masih ‘tulis’ surat anak tak hadir sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar surat disediakan ibu bapa seorang pelajar yang tidak dapat hadir kepada pihak sekolah dikongsikan di X.

PETALING JAYA – Tindakan ibu bapa seorang murid menulis surat rasmi di atas ketidakhadiran anak mereka ke sekolah meraih perhatian orang ramai.

Ada yang menyifatkan mereka adalah contoh ibu bapa bertanggungjawab dan amalan berkenaan perlu dinormalisasikan, namun ada dalam kalangan orang ramai mempertikaikan kenyataan berkenaan.

Menerusi perkongsian @hofiooo di aplikasi X, lelaki itu memuji tindakan penjaga terbabit malah turut memuat naik gambar surat permohonan cuti yang dibuat mereka kepada pihak sekolah.

“Rasa nak kongsi contoh ibu bapa bertanggungjawab dan mereka menulis surat rasmi. Normalisasikan ini,” tulisnya ringkas.

Ada pengguna yang membidas kenyataannya itu berikutan perkembangan teknologi menyebabkan pemakluman ketidakhadiran boleh dibuat melalui WhatsApp sahaja.

“Tahu sebab apa ibu bapa sekarang tak menulis macam ni? Sebab kau orang wujudkan kumpulan Whatsapp,” kata seorang pengguna.

“Kumpulan Whatsapp memang punca,” ujar seorang lagi netizen.

“Betul, adik saya mcm tu la. Maklumkan di kumpulan WhatsApp saja,” tulis yang lain.

@hofiooo kemudiannya berkata, mungkin ada yang keliru perkataan ‘normalisasikan’ olehnya itu sedangkan dia memfokuskan kepada budi bahasa dan usaha ibu bapa secara bertulis dalam mengambil serius terhadap persekolahan anak-anak.

“Pada masa kini, maklumkan kepada guru atau pihak sekolah secara formal melalui mesej teks sepatutnya sudah memadai. Minta maaf ‘normalisasikan ini’ agak mengelirukan.

“Saya akui ramai ibu bapa masih memaklumkan kepada guru,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI