fbpx

Hujan lebat di KL, Selangor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

“Di Selangor, keadaan ini melibatkan kawasan di Kuala Langat dan Sepang serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, hujan lebat dan angin kencang turut diramalkan berlaku di Negeri Sembilan yang tertumpu di Seremban dan Port Dickson.

Penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai juga disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia atau aplikasi MyCuaca. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI