fbpx

Hormati keputusan MKI boikot syarikat Israel, ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im (tengah) menyaksikan penyerahan cek cura oleh Amanah Raya Trustees Berhad kepada PPZ-MAIWP di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP di Taman Batu Muda, Gombak hari ini. - FOTO oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

GOMBAK – Semua pihak diminta menghormati ketetapan dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berkenaan boikot terhadap syarikat atau entiti perniagaan yang mempunyai kepentingan dengan rejim Zionis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, rakyat Malaysia juga diminta akur terhadap keputusan MKI bahawa ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat, menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.

“Kita kena hormati keputusan MKI. MKI bila bersidang, laporan kajian dibentangkan dan dibahaskan memang padat dan telah melihat daripada semua sudut. Dibentangkan oleh pengkaji-pengkaji bertauliah dan berpengalaman.

“Ahli-ahli MKI terdiri dalam kalangan mufti-mufti yang dilantik oleh negeri. Saya harap keputusan dihormati atas asas dalam al-Quran, tanya kepada pakar kalau kamu tidak tahu dan taatlah kepada Allah, Rasul dan pemerintah.

“Dalam konteks ini pemerintah melalui MKI yang merupakan badan teringgi dalam konteks hal ehwal Islam. Mereka dah bahas dan buat keputusan. Saya harap keputusan tersebut difahami oleh rakyat dan diikuti atas dasar ketaatan kepada pemimpin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kompleks Akademik Kolej Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) – Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI Datuk Dr. Nooh Gadot dalam satu kenyataan beberapa hari lalu berkata, tindakan memboikot syarikat atau entiti perniagaan yang mempunyai kepentingan dan terlibat dengan rejim Zionis hendaklah berpandukan kepada beberapa parameter yang digariskan.

Ujar beliau, antaranya adalah matlamat boikot untuk menekan syarikat menukar polisi, visi, misi dan strategi mereka berkenaan Palestin dan menghentikan kezaliman Israel.

MKI turut memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat, menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.

Mana-mana individu atau kumpulan orang yang mengamalkan dan menyebarkan fahaman, ajaran dan pegangan seumpama ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI