fbpx

EPL: Man. United berisiko hilang tajaan mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED tidak mempunyai pilihan kecuali perlu bangkit ke prestasi sebenar untuk mengelakkan kehilangan tajaan mewah Adidas. - AFP

MANCHESTER – Syarikat jenama pakaian sukan terkenal, Adidas memiliki kuasa untuk menamatkan perjanjian penajaan bernilai £900 juta (RM5.32 bilion) bersama Manchester United ekoran prestasi semasa pasukan itu.

The Red Devils tewas lima daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris ketika para pemain masih lagi berdepan kesukaran untuk mengadaptasi gaya permainan yang dibawa oleh pengurus baharu, Ruben Amorim.

Kekalahan demi kekalahan yang dilalui menyebabkan Amorim percaya United kini sedang berdepan pertarungan untuk menyelamatkan diri bagi mengelak terjerumus ke zon penyingkiran dan jatuh ke saingan Liga Kejuaraan apabila berada di kedudukan ke-14 ketika ini.

Bermula perlawanan menentang Liverpool awal pagi Isnin ini, United tidak mempunyai pilihan kecuali mengelak daripada kekalahan untuk mengubah nasib mereka pada hujung musim nanti.

Menurut laporan, berdasarkan terma yang telah ditandatangani, Adidas memiliki hak untuk membatalkan kontrak yang dipersetujui selepas prestasi yang dianggap terburuk sedang dilalui oleh United.

Kegagalan United beraksi dalam saingan utama membolehkan Adidas menggunakan klausa berkenaan, namun perlu memberikan notis semusim untuk tujuan pembatalan itu selain mereka hanya akan menerima separuh penajaan iaitu sebanyak £45 juta (RM251.62 juta) pada musim terakhir kontrak.

03Adidas dan United menandatangani lanjutan penajaan untuk tempoh 10 tahun pada Julai 2023 menggantikan perjanjian lama bernilai £750 juta (RM4.19 bilion) dan musim ini kelab itu terpaksa menerima potongan sebanyak £10 juta (RM55.91 juta) kerana gagal beraksi di Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI