fbpx

Empat sekawan karaoke ‘ditemani’ air ketum didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TAMPIN – Empat sekawan yang diberkas ketika berkaraoke sambil ditemani air ketum pada awal pagi tahun baharu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Azizol Abu, 38, Mohd Huzaaimy Anuar, 37, dan Muhammad Shahmer Ab Malek, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesalahan itu di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Seorang lagi tertuduh, Muhammad Shahril Misrun, 35, mengaku bersalah di hadapan majistret sama.

Mereka secara bersama-sama didakwa memiliki mitragynine atau air ketum dengan isi padu 1.2 liter pada pukul 12.05 pagi di sebuah bilik premis karaoke di daerah ini 1 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI