fbpx

Ejen seludup PATI cuba rasuah polis RM50,000 direman 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai SPRM mengiringi suspek (kiri) untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang ejen sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) direman tiga hari kerana cuba merasuah wang RM50,000 kepada pegawai polis bagi melepaskan diri serta tiga tekong bulan lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dibenarkan Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi bermula hari ini sehingga Ahad.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju lokap SPRM itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini dengan diiringi pegawai suruhanjaya tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, tindakan ejen sindiket cuba menyogok pegawai polis dengan wang RM50,000 bagi melepaskan diri serta tiga tekong mengundang padah apabila ditahan pada 7 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI