fbpx

Duncan terus tambah kekuatan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUNCAN menjadi individu terbaharu menyertai revolusi Harimau Malaya dan bakal memulakan tugas sebagai ketua prestasi tinggi. - FB FAM

REVOLUSI skuad Harimau Malaya semakin ‘kencang’ selepas mengesahkan kehadiran Dr. Craig Duncan sebagai ketua prestasi tinggi dan perubatan sukan pasukan negara bermula pada tahun ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, pakar perubatan dari Australia itu diberikan visi bagi mewujudkan rangka kerja bertaraf dunia untuk sains sukan dan perubatan sukan.

Menurut kenyataan FAM, kehadiran Duncan mampu membantu pasukan senior, junior dan wanita kebangsaan mencapai kejayaan yang berterusan sambil memupuk budaya prestasi tinggi di semua peringkat bola sepak tempatan.

“Tugas Duncan di FAM adalah bertanggungjawab dalam mengetuai hal berkaitan prestasi tinggi, kecergasan fizikal, pemulihan dan sains sukan, pemakanan dan psikologi sukan serta pembangunan kakitangan.

“Bagi misi pula, Duncan mahu mengintegrasikan amalan sains sukan dan perubatan termaju merentas semua pasukan kebangsaan dan liga bola sepak Malaysia.

“Dengan semua perancangan ini diharap ia mampu untuk menyediakan pasukan kebangsaan kita dengan tahap kesediaan fizikal dan taktikal yang terbaik. Selain itu, aspek berkaitan prestasi tinggi menjadi keutamaan dalam bola sepak Malaysia,” kata kenyataan itu.

Duncan sebelum ini menggalas tugas selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) di Performance Intelligence Agency selama 15 tahun sejak dari 2009 hingga kini.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Sains Sukan di Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) selama empat tahun dari 2014 hingga 2018.

Duncan bekerja dengan Sydney FC ketika mereka mereka memenangi kejuaraan Liga Australia selain bersama Western Sydney Wanderers apabila mereka menjadi pasukan Australia pertama memenangi Liga Juara-Juara Asia pada 2014.

Duncan menjadi individu berpengaruh keempat yang menyertai ‘revolusi’ Harimau Malaya selepas Peter Cklamovski dilantik selaku ketua jurulatih dan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan.

Awal minggu ini, badan induk bola sepak negara itu turut mengumumkan kehadiran bekas pemain kanada, Rob Friend sebagai CEO pertama skuad kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI