fbpx

Caj perubatan, pembedahan PPUM naik bermula 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis pemberitahuan yang dikongsikan PPUM di Facebook.

PETALING JAYA – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengumumkan caj baharu mengenai perkhidmatannya bermula 1 Januari lalu, berikutan kenaikan kos bekalan dan peralatan perubatan.

Berdasarkan kenyataan yang dikongsikan di Facebook PPUM, caj tersebut termasuk kenaikan bayaran perubatan dan pembedahan sebagai kadar baharu bagi fasa dua berkuat kuasa pada Rabu.

Jelas kenyataan itu, bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah wad maya (virtual) sebanyak RM80, wad biasa (dewasa) RM300, wad biasa (pediatrik) RM270, wad kritikal (dewasa) RM500 dan wad kritikal (pediatrik) RM650.

“Kadar caj baharu itu selaras dengan usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada para pesakit. Ia juga merangkumi caj prosedur, perawatan dan perkhidmatan.

“Semakan caj dilaksanakan kerana berlakunya perubahan kos terutama kepada bekalan guna hapus dan peralatan untuk caj sedia ada,” kata PPUM.

Terdahulu, kadar caj baharu PPUM itu menyaksikan peningkatan kos temu janji dan perundingan daripada RM15 sehingga RM30 dikuatkuasakan secara berfasa sejak September 2024 lalu.

Berdasarkan soalan lazim(FAQ) PPUM, semakan semula caj tidak membelakangkan dasar serta perancangan kerajaan dan ia masih menyediakan perkhidmatan rawatan kepada rakyat seperti biasa.

Katanya, bagi pesakit di bawah kategori B40 yang tidak berkemampuan, mereka boleh menggunakan kemudahan MySalam selain boleh dirujuk kepada Unit Taksiran, Jabatan kewangan PPUM dan Jabatan Kerja Sosial untuk dibantu sekiranya berkelayakan. – KOSMO? ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI