fbpx

Aspek tatakelola capai kejayaan, tiada skandal kewangan besar dikaitkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prinsip tatakelola diperjuangkan Kerajaan Madani sejak dua tahun lalu mencapai kejayaan seperti diharapkan.

Perdana Menteri berkata, sebagai bukti ia dapat dilihat apabila tiada satu sebarang skandal kewangan besar dikaitkan di bawah pentadbiran kerajaan sepanjang tempoh berkenaan.

“Sementara kita tekankan soal tatakeola, yang saya anggap suatu kejayaan, saya mahu sebut dalam tempoh dua tahun ini saya bersyukur kepada Allah kerana kita menjalankan proses tender yang telus.

“Tidak ada satu pun skandal besar yang diungkapkan dalam tempoh ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Katanya, beliau menganggap pencapaian itu satu kejayaan yang besar dan penjawat awam semua peringkat adab keupayaan itu.

Anwar berkata, Malaysia adalah sebuah negara hukum dan segala keputusan harus dibuat berdasarkan tatakelola yang baik sebagaimana ditekankan prinsip Madani.

“Saya juga mahu penjawat awam mempunyai suatu ketetapan bahawa tugas kita ialah melonjakkan ekonomi dan prestasi negara kita.

“Percayalah, beri satu atau dua tahun lagi. Kalau semangat begini rupa, pengiktirafan begini rupa dan kesatuan semangat kita, saya percaya kita akan saksikan Malaysia itu sebagai negara hebat di rantau ini,” katanya.

Katanya, beliau yakin hasrat itu dapat dicapai jika perkhidmatan awam dapat diubah dan diperbaiki secara menyeluruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI