fbpx

Andalusia tawar diskaun sehingga RM3,000 untuk bakal jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ida Riswana (kiri) memberi penerangan kepada pengunjung mengenai pakej haji Andalusia pada Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga (KHUP 3) di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan diskaun istimewa sehingga RM3,000 kepada bakal jemaah haji terpilih bagi tahun 2025 bersempena penganjuran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga (KHUP 3) bermula hari ini sehingga Ahad.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, sebanyak empat pakej ditawarkan kepada bakal jemaah haji bermula daripada pakej ekonomi sehingga premium berdasarkan kesesuaian bajet mereka.

Jelasnya, sepanjang berlangsungnya karnival itu, Andalusia mensasarkan pendaftaran seramai 500 bakal jemaah.

“KHUP sudah pun masuk tahun ketiga penganjuran oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bersama Bumitra (Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia) dan seperti biasa semua 37 pengelola jemaah haji (PJH) akan menawarkan pakej mereka masing-masing.

“Andalusia menawarkan diskaun sehingga RM3,000 untuk pakej haji bagi bakal jemaah terpilih,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Movenpick Hotel Convention Centre di sini hari ini.

Sebanyak empat pakej ditawarkan oleh Andalusia kepada bakal jemaah haji iaitu pakej Marsa, Malak, Olayan dan Safwah dengan harga bermula daripada RM43,990 sehingga RM102,990.

Harga pakej haji yang ditawarkan adalah termasuk bayaran haji PJH 1446H/2025M sebanyak RM19,786 yang akan didebitkan dari akaun TH jemaah haji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI