fbpx

Alam Flora kutip 3.62 tan sisa Ambang Tahun Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alam Flora menempatkan kakitangannya di lokasi tumpuan ramai untuk kerja-kerja pembersihan pada Malam Tahun Baharu 2025.

PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora), anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), berjaya mengumpul kira-kira 3.62 tan sisa dari tiga kawasan utama di Kuala Lumpur semasa sambutan Malam Tahun Baharu 2025.

Ia merupakan peningkatan 18 peratus tahun ke tahun berban­ding kutipan 3.06 tan metrik sisa pada tahun lalu.

Operasi pembersihan yang menyasarkan kawasan awam dengan trafik tinggi termasuk Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan sekitar Menara Berkembar Petronas KLCC itu bermula pukul 10 malam 31 Disember dan berakhir pada 8 pagi keesokan harinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata, Dataran Merdeka menyumbang jumlah sisa terbesar iaitu sebanyak 1.67 tan, di­ikuti 1.02 tan di KLCC dan 0.93 tan lagi yang dikutip di Bukit Bintang.

“Bagi memastikan operasi berjalan lancar, kami mengge­rakkan sejumlah 141 kakitangan termasuk kakitangan pengurusan, pasukan prapembersihan, pemandu dan kru am di lokasi utama ini.

“Kami turut mengerahkan tiga kenderaan kompaktor untuk kutipan sisa yang cekap dan menggunakan jet air untuk membersihkan turapan, terutamanya di kawasan tumpuan ramai se­perti Dataran Merdeka.

“Penempatan strategik 24 tong sampah mudah alih dengan kapasiti 660 liter turut menyokong usaha pelupusan sisa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kutipan sisa dalam sambutan tahun ini agak terurus, terutamanya di Dataran Merdeka.

“Saiz pengunjung di setiap lokasi berbeza-beza bergantung pada lokasi pilihan orang ramai berkumpul dan pasukan kami sentiasa bersedia untuk me­nguruskan kutipan sisa dengan cekap, tanpa mengira jumlah mereka yang keluar,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI