fbpx

Agong ada kuasa prerogatif untuk beri pengampunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Perkara tersebut adalah selaras dengan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan,” kata Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.

Kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini dijalankan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Seri Paduka Baginda.

“Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman.

“Permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

“Semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang ditetapkan,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI