fbpx

6,000 bakal jemaah setuju terima tawaran haji setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga (KHUP 3) di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Sejumlah 6,000 atau kira-kira 20 peratus bakal jemaah bersetuju menerima surat tawaran haji bagi musim 1446H/2025M setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pengedaran surat tawaran haji tersebut dijangka selesai diserahkan kepada bakal jemaah sehingga 15 Januari ini.

“Setakat ini 20 peratus atau pun 6,000 surat tawaran haji telah dikeluarkan dan diterima (bakal jemaah).

“Jadi, kalau tidak terima sampai 15 Januari ini, (maka) tak ada lah (tawaran). Yang telah menerima (surat) tawaran haji itu maknanya mereka dah pergi pemeriksaan (kesihatan),” katanya selepas melancarkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1446H/2025M di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Na’im berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) menerima kira-kira 60,000 rayuan haji bagi musim ini sejak 19 Disember lalu sehingga hari ini.

Menurutnya, pihak TH akan mula memproses rayuan tersebut selepas 15 Januari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI