fbpx

2 warga AS sebar agama Kristian sudah dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu yang didakwa menyebarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk dua lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang dipercayai terlibat dalam penyebaran agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, di sini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Datuk Ayob berkata, keterangan dua lelaki asing berusia 30-an dirakam di Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju semalam.

“Kita telah rakam keterangan pengadu dan dua warga asing yang terlibat (warga AS).

“Mereka dipercayai datang melancong ke negara ini sebelum Krismas,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan polis sedang mengesan tiga individu susulan video mereka cuba menyebarkan agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian pada pukul 10.19 malam Isnin lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI