fbpx

195 Rohignya ‘mendarat’ di Langkawi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan pemeriksaan ke atas beberapa orang PATI etnik Rohingya yang ditahan di Teluk Yu pagi tadi.

LANGKAWI – Seramai 196 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya diberkas polis sejurus mendarat di Pantai Teluk Yu, sebuah pantai di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, penahanan itu susulan laporan awam dan rondaan yang dibuat oleh pihaknya di lokasi kejadian.

“Seramai 68 orang lelaki, 57 orang perempuan, 32 orang kanak-kanak lelaki dan 39 kanak-kanak perempuan ditahan dan telah dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Langkawi untuk proses dokumentasi.

“Pada masa yang sama, Pasukan Polis Marin juga telah digerakkan untuk mengetatkan kawalan di Teluk Yu dan mengesan kemungkinan wujud baki bot yang menceroboh masuk,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, saringan kesihatan juga telah dijalankan kepada semua tangkapan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi dan kesemua tangkapan dipercayai berlepas dengan bot dari Myanmar kira-kira 10 hari lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI