PETALING JAYA – Kisah isteri meminta suami menghalalkan semuanya sepanjang 30 tahun perkahwinan sebelum menjalani pembedahan kaki mengundang sebak netizen.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh Etty Rashid, kelihatan suami setia menemani isterinya di hospital sambil mendengar permintaan tulus itu.
“Halalkan semuanya. Ajarlah anak-anak menghormati ibu bapa, kerana hati kita yang sentiasa berzikir itulah yang akan membantu kita nanti,” ujar isteri tersebut dalam video tersebut.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa pilu dan berkongsi pengalaman mereka sendiri yang menyentuh hati.
“Dengar Ummi awak bercakap begitu, terus mengalir air mata saya,” luah Azreen.
“Pernah mengalami situasi ini. Arwah mak sebelum diintubasi sempat meminta maaf dan menghalalkan segala-galanya untuk kami. Raya pertama 2022, Allah mengambil kembali arwah,” kata EpulRaz.
“Sebelum arwah ayah diintubasi, saya sudah berbincang dengan doktor untuk mendermakan buah pinggang saya. Doktor memeriksa dan semuanya baik. Namun, dua malam sebelum arwah pergi, arwah berpesan, ‘Simpan buah pinggang Abang Chik, Abang Chik perlukan untuk jaga diri,” ujar CeoJejaka Tampan. – KOSMO! ONLINE
@cikettyy Ummi buat kami malam tu menangisssss.. Ummi&Abah sama sama kena tahan ward. 🥹 Ummi minta nurse bawak abah turun, sebab ummi banyak fikir untuk opration kaki, Ummi minta abah halalkan makan minum selama dorg hidup bersamaa! 😔🥹♥️ Cinta sejati, takpernah berjauhan selama 30tahun berkahwin 😭♥️ #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fypシ ♬ original sound – GSC Movies