fbpx

[VIDEO] Lelaki alami masalah mental ganggu jemaah masjid TTDI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular lelaki tempatan membuat kecoh di masjid Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan yang mengalami masalah mental ditahan selepas mengganggu jemaah serta merosakkan harta benda di masjid Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, lelaki berusia 25 tahun itu didakwa merosakkan satu unit televisyen dan satu unit kerusi sekitar pukul 5.40 pagi.

“Suspek dilaporkan tidak menerima rawatan susulan sejak kali terakhir mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Januari 2023.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya mengesan suspek untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis melalui talian Hotline Kuala Lumpur di 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di 03-22979222,” katanya.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 2 minit 46 saat memaparkan kejadian seorang lelaki membuat kecoh di dalam sebuah masjid.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI