fbpx

Tiga lelaki disyaki sebar ajaran Kristian di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu yang didakwa menyebarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesan tiga individu didakwa terbabit aktiviti penyebaran risalah Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada Isnin lalu.

Katanya, laporan itu dibuat pada pukul 10.19 malam selepas video memaparkan tiga individu didakwa menyebar risalah tersebut tular di media sosial.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau kebencian atas alasan agama.

“Usaha mengesan ketiga-tiga mereka sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini sehingga siasatan selesai.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan beberapa lelaki menyebarkan risalah berkait dengan penyebaran ajaran kristian di dalam kawasan Wangsa Maju, di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI