fbpx

Suspek serangan New Orleans disahkan veteran tentera AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota FBI dan Polis New Orleans bekerja di lokasi kejadian rempuhan di Bourbon Street, New Orleans semalam. - AFP

NEW ORLEANS, LOUISIANA – Suspek yang didakwa memandu ke arah orang ramai pada sambutan Tahun Baharu di New Orleans, Louisiana, dikenal pasti sebagai Shamsud Din Jabbar oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI), lapor laman berita Fox News.

Insiden tersebut meragut nyawa sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

“Suspek yang ditembak mati di tempat kejadian disahkan lelaki kelahiran Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di Texas,” kata Penolong Ejen Khas Penjaga FBI, Alethea Duncan pada sidang akhbar.

Menurut FBI, suspek ialah seorang veteran tentera AS.

“Apa yang saya boleh beritahu anda, dia ialah seorang veteran tentera.

“Kami percaya dia telah dilepaskan (daripada khidmat) secara terhormat,” kata Duncan.

Suspek berkhidmat dalam pasukan Tentera Darat AS sebagai Pakar Sumber Manusia dan Pakar Teknologi Maklumat (IT) dari Mac 2007 hingga Januari 2015.

Dia kemudian berkhidmat dalam pasukan simpanan tentera darat sebagai pakar IT dari Januari 2015 hingga Julai 2020.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, suspek ditempatkan di Afghanistan dari Februari 2009 hingga Januari 2010.

Sementara itu, Presiden Joe Biden berkata, polis sedang menyiasat mengenai kebarangkalian adanya hubung kait antara insiden rempuhan di New Orleans dan letupan sebuah kenderaan Cybertruck Tesla di Las Vegas, Nevada.

Seorang maut dan tujuh yang lain cedera apabila Cybertruck Tesla meletup di hadapan bangunan Trump International Hotel Las Vegas semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI