PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan kehadiran calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 setakat pagi ini telah mencecah 97 peratus.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia satu jumlah kehadiran yang baik bagi hari pertama ujian bertulis peperiksaan itu.
Beliau berkata, pihaknya sedang dalam proses untuk mengemaskini kehadiran bagi baki calon lain.
“Kita masih lagi dalam proses untuk kemas kini. Masih ada lagi yang belum mengenal pasti dan mengesahkan kehadiran mereka.
“Ada lebih kurang 10,000 calon lagi, jadi kita harap kehadiran ini dapat kita pertingkatkan untuk memastikan anak-anak kita hadir SPM,” katanya pada sidang akhbar Pengoperasian Peperiksaan SPM Tahun 2024 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE