fbpx

Sebatang rokok pendekkan jangka hayat 20 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail poster larangan merokok di Modling, Austria. - Foto AFP

LONDON – Satu kajian baharu mendapati bahawa setiap batang rokok yang dihisap boleh memendekkan jangka hayat seseorang selama 20 minit secara purata, lapor saluran berita CNN semalam.

Selepas mengambil kira status sosioekonomi dan faktor lain, sekumpulan penyelidik di Kolej Universiti London menganggarkan bahawa kehilangan jangka hayat adalah kira-kira 17 minit untuk lelaki bagi setiap rokok yang dihisap.

Bagi perokok wanita pula, jangka hayat mereka dijangka dipendekkan selama 22 minit bagi setiap batang rokok yang dihisap.

“Ini bermaksud jika seseorang menghisap sekotak rokok yang mengandungi 20 batang setiap hari, mereka akan hilang tujuh jam jangka hayat bagi setiap pek,” kata pengarang utama kajian itu, Dr. Sarah Jackson.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Addiction. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI