fbpx

Rambut merah, berantai, niat Fattah nak jadi ‘better muslim’ ditempelak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kredit Foto : Majalah Glam Lelaki

PETALING JAYA – Menangkap perhatian dengan imej ranggi berambut merah menyala siap berantai leher, penampilan duda sensasi, Fattah Amin dalam penggambaran bersama sebuah majalah fesyen  mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tambah memanaskan situasi, kapsyen murni pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 35, itu yang mahu menjadi  bapa dan muslim lebih baik disifatkan tidak seiring penampilan.

“Kalau nak jadi muslim yang lebih baik, cabut rantai tu Fattah. Perempuan sahaja boleh pakai rantai dan gelang. Rasanya Fattah tahu tapi mungkin tak perasan. Semoga 2025 menjadi tahun terbaik untuk Fattah dan tidak hanyut dan alpa dalam kemahsyuran,” komen netizen.

“Mahu jadi muslim lebih baik tetapi kenapa memulakan azam tak selari dengan penampilan diri. Dengan rambut merah dan duduk terkangkang,” komen seorang lagi netizen yang tidak suka dengan penampilannya.

Selain dikecam kerana imej ranggi persis ‘bad boy’, netizen juga kesal kerana Fattah menggayakan pakaian daripada jenama yang menyokong Israel.

Di sebalik kecaman yang diterima, ramai juga netizen yang memuji ketampanan pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu.

Kata mereka penampilan Fattah saling tidak tumpah seperti penyanyi dan pelakon T.O.P dari kumpulan Big Bang yang drama lakonannya Squid Game 2 sedang hangat ditayangkan dalam Netflix.

“Ingatkan Thanos (watak Top) dalam cerita Squid Game 2. Rupa-rupanya Fattah Amin,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI