BANGKOK – Seorang wanita ditahan kerana mencuri motosikal daripada seorang pekerja binaan di Bang Lamung, Chonburi, selepas berpura-pura mahu menumpang, lapor laman berita Pattaya Mail hari ini.
Suspek dikenali sebagai Amornrat atau ‘Koi’ Num dan berusia 38 tahun.
Kejadian berlaku pada 26 Disember lalu apabila mangsa, Thaworn Prasomsap, 57, membenarkan wanita yang ditemuinya itu menumpang motosikalnya.
Selepas singgah sebentar di sebuah kedai serbaneka, suspek mengambil kesempatan daripada keadaan itu dan segera melarikan motosikal berkenaan.
Mangsa kemudian melaporkan kecurian itu dan polis memulakan siasatan.
Pihak berkuasa mengesan wanita tersebut menggunakan rakan Facebook suspek untuk memerangkapnya.
Dia kemudian ditahan di samping teman lelakinya ketika bertemu pegawai polis yang menyamar di sebuah rumah di Huay Yai. – AGENSI