fbpx

Piala Asean: Vietnam mahu lunas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son (dua dari kiri) kini mengungguli carta penjaring terbanyak dengan lima gol. - AFP

VIET TRI – Vietnam tekad menebus kekecewaan tewas di perlawanan akhir dua tahun lalu dengan menewaskan Thailand menjelang aksi final pertama Piala Asean di Stadium Viet Tri malam ini.

Hasrat Golden Stars untuk menjuarai kejohanan berprestij Asia Tenggara itu buat kali ketiga tidak kesampaian selepas mereka tewas tipis 2-3 secara agregat kepada skuad Gajah Perang tersebut pada final edisi 2022.

Justeru, Vietnam enggan mensia-siakan pertembungan kali ini sekali gus meleburkan penguasaan Thailand yang menjuarai dua edisi terakhir pada 2020 dan 2022.

Tonggak pertahanan Vietnam, Bui Tien Dung mengakui tidak sabar untuk bertemu Thailand disebabkan kedua-dua negara mempunyai banyak sejarah antara mereka.

“Melangkah ke final adalah segala-galanya buat Vietnam dan sejujurnya saya mahukan Thailand sebagai lawan kami. Sekarang kami ada peluang untuk menewaskan mereka,” katanya.

Pemain tengah Vietnam, Nguyen Hoang Duc berkata, dia bersedia memberikan aksi terbaiknya dengan menggembirakan para peminat mereka di laman sendiri dalam misi mencari bekalan selesa ke final kedua di Bangkok pada Ahad ini.

“Saya berharap ribuan penyokong akan memenuhi stadium nanti. Beraksi di hadapan mereka memberikan motivasi tambahan buat kami untuk memberikan prestasi terbaik,” jelasnya.

Berdasarkan rekod pertemuan, Vietnam gagal menewaskan Thailand dalam tujuh pertemuan terakhir sejak menang 1-0 pada 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI