fbpx

Padah ‘tertembak’ rumah jiran, penganggur didenda RM5,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Kiong (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas didenda RM5,500 kerana memiliki senjata tiruan dan melakukan khianat terhadap rumah jiran di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Padah memiliki senjata tiruan untuk menembak burung dan tertembak rumah jirannya pada minggu lalu, seorang penganggur didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Kemaman, di sini hari ini.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Tan Chee Kiong, 49, membuat pengakuan bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan.

Beliau memerintahkan tertuduh didenda sebanyak RM3,000 bagi pertuduhan pertama dan RM2,500 bagi pertuduhan kedua.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merosakkan cermin rumah pengadu dengan melepaskan tembakan dari senjata jenis senapang slingshot bersama ball bearing miliknya.

Perbuatan yang menyebabkan pengadu kerugian RM3,000 itu didakwa dilakukan Chee Kiong di Taman Banggol Indah, Kampung Paya Berenjut, di sini pada pukul 4.30 petang, 28 Disember lalu.

Tertuduh turut dihadapkan dengan pertuduhan memiliki selaras senapang ‘slingshot’ berwarna rose gold dan satu bekas plastik mengandungi 79 biji ball bearing yang ditemui di atas meja dalam bilik rumahnya.

Chee Kiong didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM5,000 jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI