fbpx

Pelawak terkenal jalani hukuman penjara 6 bulan di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelawak terkenal yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober lalu atas kesalahan dadah kini menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara berkenaan.

Hukuman tersebut dijatuhkan pada November lalu ketika perbicaraannya di mahkamah.

Sumber memaklumkan bahawa pelawak tersebut berkemungkinan dibebaskan lebih awal sekiranya berkelakuan baik sepanjang tempoh penjara.

“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara pada April ini,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja.

Bagaimanapun, identiti individu tersebut tidak didedahkan.

Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah memberikan bantuan konsular kepada pelawak berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI