KUALA LUMPUR – Sebuah panel kotak suis pam di laluan bawah stesen Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC terbakar di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 petang tadi.
Katanya, sepasukan anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan ke lokasi dengan kekuatan tujuh anggota bersama sebuah jentera.
“Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian, kebakaran melibatkan panel kotak suis pam.
“Api telah dipadamkan oleh pasukan ERT KLCC sebelum pasukan bomba tiba dilokasi kejadian. Pasukan ERT KLCC menggunakan alat pemadam api jenis Carbon Dioxide (CO2) bagi memadam kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan unit siasatan kebakaran telah dimaklumkan.
“Tiada mangsa yang terlibat dan keadaan terkawal,” katanya.-KOSMO! ONLINE.