fbpx

Nenek jatuh lubang benam disangka lopak air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Carne bersyukur kerana dia berjaya diselamatkan dari lubang benam yang membeku. - SWNS

LONDON – Seorang warga emas mengalami detik cemas apabila terjatuh ke dalam lubang benam yang membeku ketika cuba menyelamatkan anjing peliharaannya, lapor akhbar The Sun UK.

Carol Carne, 61, sedang berjalan bersama tiga anjing cockapoo miliknya di  Eston Recreation Ground, Yorkshire Utara, England pada 27 Disember lalu.

Salah seekor daripada haiwan tersebut kemudian berjalan di atas apa yang kelihatan seperti lopak air sebelum Carne melompat ke arah lubang benam itu untuk menyelamatkannya.

Tanpa disedari, ‘lopak air’ itu sebenarnya lubang benam yang membeku, membuatkan Carne dan anjingnya yang bernama Ruby tenggelam selepas ia retak.

Carne tenggelam sepenuhnya di dalam air sejuk yang membeku dan bermati-matian cuba menyelamatkan Ruby serta naik ke permukaan.

Jeritannya kemudian didengari oleh tiga individu yang bergegas menuju ke arah lubang benam tersebut untuk menyelamatkannya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada tiga individu tersebut kerana menyelamatkan saya. Jika tidak kerana pertolongan mereka, saya mungkin sudah meninggal dunia,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI