fbpx

Liverpool terdesak pujuk Bournemouth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERKEZ

LONDON – Liverpool dilaporkan sedang mencari pengganti jangka panjang bagi Andy Robertson dengan bek kiri Bournemouth, Milos Kerkez menjadi sasaran utama mereka.

Kerkez yang dinilai sekitar £50 juta (RM279.95 juta) dianggap mampu memberikan kestabilan kepada posisi bek kiri Liverpool yang semakin memerlukan pembaharuan memandangkan Robertson kini berada di penghujung karier.

Namun, Liverpool bukan satu-satunya kelab yang memantau Kerkez selepas The Red Devils turut menunjukkan minat terhadap pemain berusia 20 tahun itu sementara Arsenal, Chelsea dan Tottenham juga dilaporkan sedang memantau situasinya.

Bagaimanapun, Liverpool dan United dilihat sebagai pesaing utama selepas kedua-dua kelab dilaporkan mempunyai beberapa alternatif termasuk Alphonso Davies (Bayern Munich), Antonee Robinson (Fulham), Alvaro Carreras (Benfica) dan Miguel Gutierrez (Girona).

Harga tinggi diletakkan Bournemouth mungkin menjadi halangan buat Liverpool tetapi kelab itu dikatakan sedang mencari jalan untuk menurunkan nilai perpindahan termasuk melibatkan pemain mereka dalam urusan perjanjian.

Namun, timbul persoalan sama ada Kerkez mampu menyesuaikan diri di kelab besar seperti Liverpool atau United meskipun pemain itu menunjukkan potensi besar, statusnya yang masih belum terbukti sepenuhnya di peringkat tertinggi mungkin menjadi risiko.

Keputusan Liverpool mendapatkan Kerkez menunjukkan fokus mereka kepada pembangunan jangka panjang, tetapi minat daripada banyak kelab besar dan harga tinggi menjadikan perpindahan itu dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI