fbpx

Leher tersepit meja lipat, kurang oksigen punca kematian Nur Aqifah Humaira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Nur Aqifah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian Nur Aqifah Humaira Abdullah,6, yang maut selepas lehernya tersepit di celah besi sebuah meja lipat akibat pembengkakan otak disebabkan kekurangan oksigen.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Parit Buntar, Perak pagi tadi mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

“Punca kematian disahkan sebagai ‘celebral edema due to asphyxia’ dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya memastikan tahap keselamatan anak-anak sama ada di rumah atau tempat awam terjamin,” katanya.

Terdahulu, mangsa yang dikatakan bermain sendirian di bahagian belakang rumahnya di Taman Seri Putera, Nibong Tebal ditemui abang sulungnya dalam keadaan tersepit pada pukul 4.15 petang semalam sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI