SEBERANG PERAI – Jenazah kanak-kanak perempuan enam tahun, Nur Afiqah Humaira Abdullah yang maut selepas lehernya tersepit pada besi meja lipat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal di sini, tadi.
Kira-kira 30 ahli keluarga termasuk saudara-mara, serta jiran tetangga hadir pada upacara pengebumian mangsa, kira-kira pukul 2.15 petang tadi. – KOSMO! ONLINE