fbpx

JDT bakal lalui tahun hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT berjaya mempamerkan penguasaan total dalam saingan bola sepak domestik sejak 10 tahun lalu.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka terus melakar sejarah baharu pada tahun ini selepas berjaya mendominasi arena bola sepak tempatan sejak 10 tahun lalu.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan perkara yang lebih hebat akan dilakukan bagi mengukuhkan skuad Harimau Selatan nanti,

Menerusi satu komen di laman Instagram JDT, Tunku Mahkota Ismail menjelaskan peningkatan itu akan merangkumi setiap aspek termasuk nilai komersial, aset dan infrastruktur.

“Perkara besar akan hadir. Jika anda rasa apa yang saya lakukan untuk JDT selama ini hebat, tunggu dan lihat apa yang saya akan lakukan selepas ini.

“Peningkatan dalam setiap aspek. Nilai komersial, aset, infrastruktur terbaik, sejarah dan kejayaan.

“Empayar kami. Tahun 2025 akan menjadi tahun yang hebat dan sukar dipercayai. Ia adalah permulaan era legasi,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Tunku Mahkota Ismail sebelum ini memberi petanda sesuatu yang ‘besar’ bakal berlaku selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi pada bulan lalu.

“Adalah satu penghormatan dapat bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi. Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi.

“Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini,” kata Tunku Mahkota Ismail menerusi laman sosial X.

Sebagai rekod, JDT melakar sejarah apabila muncul kelab pertama meraih gelaran ‘double quadruple’ apabila mendominasi kejuaraan Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2022 dan 2023.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI