fbpx

Jangan rahsiakan kes buli di sekolah – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina pada sidang akhbar Pengoperasian Peperiksaan SPM Tahun 2024 di Kementeriannya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Pengetua, guru besar dan guru-guru pentadbir diberi amaran supaya tidak merahsiakan sebarang kejadian atau kes buli membabitkan pelajar di sekolah.

Itu amaran keras dikeluarkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek susulan insiden buli ‘ala komando’ dilaporkan sebuah akhbar yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

“Kita dah terima (laporan) maknanya kes itu dalam proses siasatan di peringkat KPM untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar Pengoperasian Peperiksaan SPM Tahun 2024 di sini, hari ini.

Katanya, beliau ingin tegaskan semula bahawa tiada kompromi dalam soal buli dan semua prosedur pengendalian kes perlu diselesaikan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Fadhlina berkata, setiap kes buli perlu ada tindakan susul malah, aduan juga boleh dibuat terus kepada melalui Portal Aduan Buli (https://www.moe.gov.my/aduanbuli) secara atas talian, emel, panggilan telefon atau WhatsApp ke nombor 014-8009325. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI