fbpx

Ibu bapa budak sesat dalam kebun jagung ada rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK berusia tiga tahun yang ditemui di kebun jagung di Jalan Tok Serah, Kampung Pulai Sebatang, Pontian, Johor dipercayai ditinggalkan pagi semalam.

PONTIAN – Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang ditemui dalam kebun jagung di Jalan Tok Serah, Kampung Pulai Sebatang, di sini pada 29 Disember lalu sudah dituntut ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, siasatan awal mendapati ahli keluarga kanak-kanak itu tinggal di Parit Jawa, Muar.

“Selepas hebahan media dibuat, seorang wanita iaitu ibu saudara kanak-kanak itu tampil menuntutnya. Polis akan melakukan siasatan termasuk kenapa mangsa ditinggalkan dalam kebun tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Shofee berkata, siasatan mendapati ibu bapa kanak-kanak itu mempunyai rekod kes dadah dan kes disiasat Seksyen 31(1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak.

Terdahulu, Kosmo! Isnin lalu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki ditemui orang awam dipercayai ditinggalkan di dalam kebun jagung di Jalan Tok Serah, Kampung Pulai Sebatang di sini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI