fbpx

EPL: Chelsea, 3 kelab dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA yang melakukan perbelanjaan besar sejak beberapa musim lalu terus berdepan tekanan untuk mengimbangi aliran kewangan kelab itu bagi berdepan PSR. - AFP

LONDON – Kelab-kelab yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) perlu menghantar laporan terbaharu mengenai status kewangan mereka pada awal tahun baharu, namun empat kelab mungkin berdepan masalah mematuhi Peraturan Keuntungan dan Kestabilan (PSR).

Dua pasukan di kedudukan empat teratas, Chelsea dan Nottingham Forest serta dua pasukan dari kelompok bawah, Everton dan Leicester berpotensi berdepan pemotongan mata sekiranya mereka didapati melanggar peraturan berkenaan.

Kesemua 20 pasukan diberikan tempoh sehingga semalam untuk menghantar laporan tersebut dan sekiranya laporan mendapati mereka menanggung kerugian sehingga £105 juta (RM587.91 juta) untuk tempoh musim 2023/24, hukuman tersebut bakal dikenakan.

Musim lepas menyaksikan Everton dan Forest telah berdepan hukuman pemotongan mata tersebut dan kali ini mereka sekali lagi terpaksa menghadapi situasi sama sekiranya gagal mengimbangi aliran tunai kelab berkenaan.

Chelsea mengharapkan tambahan kewangan sebanyak £76 juta (RM425.53 juta) hasil penjualan dua hotel milik mereka dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam akaun untung rugi, namun kegagalan beraksi di pentas Eropah tetap memberi kesan besar.

Everton pula telah menjual beberapa pemain termasuk Ben Godfrey untuk ‘lolos’ daripada peraturan tersebut, selain pemilik baharu The Freidkin Group berharap mereka diberi peluang apabila baharu sahaja mengambil alih pasukan itu.

Bagaimanapun, pasukan yang paling berisiko untuk berdepan hukuman berkenaan adalah Leicester apabila melaporkan kerugian sebanyak £124 juta (RM694.29 juta) dalam tempoh berkenaan, malah kembalinya mereka ke saingan EPL musim ini juga menyebabkan kos ditanggung kelab itu meningkat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI