fbpx

EPIC ditauliah kontrak pakej A2 Petronas Carigali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilihan EOGSB memperoleh kontrak terbaharu menunjukkan keyakinan Petronas Carigali terhadap pengalaman dan kemahiran syarikat.

KEMAMAN – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menerusi anak syarikatnya, EPIC OG Sdn. Bhd. (EOGSB) memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, pentauliahan, dan pengubahsuaian  serta penyambungan dan pentauliahan Pan Malaysia daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Dr. Muhtar Suhaili berkata, kontrak selama lima tahun sehingga September 2029 itu terbabit dengan projek Pakej A2 bagi Aset Semenanjung Malaysia kendalian Petronas Carigali. 

Menurut beliau,  kontrak tersebut menawarkan pilihan lanjutan selama tiga tahun dan seterusnya dua tahun kepada EOGSB. 

“Kontrak tersebut meletakkan EOGSB dalam kedudukan strategik bagi pertumbuhan mampan dalam sektor minyak dan gas nasional.

“Ia sekali gus memperkukuh kedudukan  syarikat ini sebagai penyedia perkhidmatan diyakini untuk menyokong kemapanan aset dan kecekapan operasi Petronas Carigali,” katanya di sini. 

Muhtar menerangkan, pemilihan oleh Petronas Carigali membuktikan keupayaan  EOGSB dalam perkhidmatan sektor minyak minyak dan gas  berkelas tinggi. 

Tambah beliau, ia sejajar dengan matlamat EPIC menjana pertumbuhan lestari dan menjalin kerjasama jangka panjang dengan peneraju industri bagi menyokong keperluan tenaga negara. 

“Selain itu, EOGSB juga telah dilantik sebagai kontraktor panel untuk Unit Operasi Hiliran Petronas bagi kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian bagi wilayah Pantai Timur, Pantai Barat dan Selatan. 

“Kontrak sebagai kontraktor panel untuk Unit Operasi Hiliran Petronas itu adalah untuk selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan selama satu tahun diikuti satu tahun lagi,” katanya.

Sebelum ini, syarikat telah dianugerahkan kontrak penyelenggaraan, pembinaan, dan pengubahsuaian Pan Malaysia bagi Pakej B2 oleh ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. 

“Kontrak selama lima tahun berakhir 31 Disember lalu itu bernilai RM500 juta,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI