fbpx

Empat kelab bakal cetus perang bidaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAK dikatakan berada dalam radar Arsenal, PSG, Barcelona dan Real yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. - AFP

LONDON – Arsenal kini berdepan rintangan besar dalam usaha mendapatkan bintang Newcastle United, Alexander Isak yang semakin mencuri perhatian dengan prestasi cemerlangnya musim ini.

Penyerang berusia 25 tahun itu mencatat 11 gol dalam 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), menjadikannya antara penyerang paling prolifik di Eropah ketika ini.

Salah satu halangan terbesar adalah kedudukan Newcastle dalam liga ketika ini yang membuatkan Isak lebih cenderung kekal di St. James Park sekiranya menamatkan kempen di empat teratas dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Selain itu, Newcastle dilaporkan meletakkan harga lebih £150 juta (RM839.87 juta) untuk Isak iaitu satu angka yang bakal memecahkan rekod perpindahan Arsenal sekiranya mereka mahu meneruskannya.

Selain kontrak penyerang Sweden itu yang masih berbaki tiga setengah tahun, Newcastle juga mungkin mempertimbangkan untuk melanjutkan perjanjian tersebut menjadikan ia lebih sukar untuk direkrut.

Selain Arsenal, Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona serta Real Madrid turut memantau perkembangannya dan berpotensi mencetuskan ‘perang bidaan’ yang boleh meningkatkan lagi nilai pasaran Isak ke tahap rekod dunia.

Bagi pengurus Arsenal, Mikel Arteta, cabaran itu mungkin mempertimbangkan alternatif lain di pasaran, namun kehadiran Isak pasti menjadi aset besar bagi mengukuhkan serangan The Gunners yang sedang bersaing sengit dalam EPL dan Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI