HANOI – Individu yang membiarkan pintu kereta terbuka sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya berdepan hukuman denda sebanyak 20 juta dong (RM3,500) hingga 22 juta dong (RM4,000) bermula tahun ini, lapor laman berita VNEXpress hari ini.
Ia merupakan peningkatan sebanyak 36 hingga 50 kali ganda berbanding denda sebelumnya.
Menurut pihak berkuasa Vietnam, peraturan baharu itu bertujuan untuk mengawal pelanggaran undang-undang lalu lintas.
Berkuat kuasa 1 Januari (semalam), dekri itu juga memperkenalkan sistem penalti berasaskan mata dan peruntukan untuk pemulihan mata lesen memandu.
Di bawah dekri tersebut, membuka secara tidak selamat atau membiarkan pintu kereta terbuka akan dikenakan denda antara 4 juta dong (RM700) hingga 6 juta dong (RM1,000).
Jika perbuatan itu mengakibatkan kemalangan jalan raya, penalti meningkat kepada 20 juta dong hingga 22 juta dong. – AGENSI