fbpx

Cuaca cerah di seluruh Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah dan baik di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia pada pagi ini.

Walau bagaimanapun, menurut MetMalaysia, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan pedalaman Perak dan Johor pada sebelah petang.

Di Sabah dan Sarawak, hujan lebat sedang melanda beberapa kawasan pedalaman Sabah, namun keadaan dijangka beransur pulih menjelang awal petang.

MetMalaysia juga meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di bahagian barat, pedalaman, dan utara Sarawak, serta di kebanyakan kawasan di Sabah.

Penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai juga disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia atau aplikasi MyCuaca. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI