PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah hampir seluruh negara petang ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 3.10 petang.
Keadaan sama turut berlaku sekitar Sabah dan Labuan.
Bagaimanapun, di Sarawak, beberapa bahagian diramalkan mengalami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang ini.
“Antara kawasan terlibat adalah Kuching, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” lapor MetMalaysia.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE