fbpx

Calon SPM hadapi masalah diminta hubungi bilik gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh (kanan) bercakap pada sidang akhbar selepas menyantuni calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh, Ipoh hari ini.

IPOH – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menghadapi sebarang masalah berkaitan peperiksaan itu diminta menghubungi talian bilik gerakan Lembaga Peperiksaan (LP) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia membantu pada bila-bila masa bagi memastikan 402,956 orang calon SPM pada tahun ini tidak tercicir dalam menduduki peperiksaan tersebut.

“Kami bersedia untuk menghadapi apa-apa situasi yang mungkin berbangkit dan bersedia membantu calon-calon yang terlibat dengan mana-mana isu.

“Sekiranya mana-mana calon bukan sahaja ditimpa bencana malah jika ada apa-apa isu berkaitan peperiksaan, boleh hubungi talian bilik gerakan supaya kita boleh membantu daripada semasa ke semasa,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau perjalanan peperiksaan SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Pasir Puteh, di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi calon-calon SPM di negeri terjejas banjir, pihaknya akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) dalam Operasi Payung sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI